Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.

Thursday, November 12, 2009

Hari Bersama Polis


Pengisian selepas PKSR 2, Pihak sekolah khusus lembaga Displin sekolah telah mengambil inisiatif bagi mengadakan hari bersama polis. Diatas kerjasama pihak polis dari Balai Polis Kg Lalang ceramah mengenai kesedaran displin serta memerangi jenayah telah berjaya dilaksanakan. Ceramah telah disampaikan oleh Sarjan Mejar Abdul Razak dan ditemani oleh Lans koperal Ahmad. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih  kepada pihak Polis DiRaja  Malaysia, Khususnya Balai Polis Kg Lalang.

Wednesday, November 11, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform ( Sambungan)



Aktiviti bina semangat juga diadakan Di Kem Rimba ,Kg Plang .Walaupun kem belum lagi siap sepenuh, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik kem En. Hasan kerana membenarkan aktiviti di jalankan di kem beliau.Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah atau mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kem sila hubungi encik Hasan di talian 05-7915662

Hari Perkhemahan Unit Beruniform ( 30-31 Oktober 2009 )


Pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan sewaktu hari perkhemahan Unit Beruniform Di sekolah  kebangsaan plang pada tahun 2009.seperti kembara desa ,memasak bersama , berkawat dan lain2 lagi...

Aktiviti Selepas UPSR 2009


Aktiviti gotong royong mengecat semula makmal komputer. Seramai 9 pelajar tahun 6 Bestari telah menjayakan projek dibawah seliaan Guru penyelaras ICT. Tujuan utama adalah untuk menceriakan makmal sekolah dan seterusnya memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar. Disamping itu ia juga akan menjadi tanda ingatan /nostalgia bagi pelajar tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah ini.

Friday, August 21, 2009

Program ihya' Ramadan






20 ogos 2009 Esok dah puasa....maknanya dah 1 ramadhan . start le puasa..elok sangat ler ustaz, buat progam ni......bukan aidilfitri jer nak raya ........kehadiran ramadan pun nak diraih juga....mula ngan ucapan YDP PiBG, Tuan Hj SHUIB BIN LaZim ,ucapan guru besar, bacaan yassin,nyanyian nasyid,qalam jamii,action song ,kuiz dan lain2 . selamat berpuasa untuk pembaca blog nie.

Monday, July 20, 2009

Sambutan isra' & mikraj meriah ( 27 rejab 1430 )
















Sambutan didahului dengan ceramah oleh Rosli dari SK Adika Raja, Gerik mengenai peristiwa isra' & mikraj dan ditutupi oleh kuiz antara kumpulan guru dan murid.

Wednesday, June 24, 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Tuesday, June 23, 2009

Senarai e-mail guru-guru sk plang

e-mail sekolah : skplang@yahoo.com
Nama guru Alamat e-mail

1. En. Phuah Guan Heng poi_ghphuah@yahoo.com
2. En. Mat Rodi Abdullah m.rodi68@gmail.com
3. En. Baharin Mohd Hanafiah mr_baha71@yahoo.com
4. Pn.Faizah Haji Osman izah@yahoo.com
5. Pn. Hafizah Mohamad Zabidi hafibas@gmail.com
6. En. Mayar Mat agh765@gmail.com
7. En. Mohd Farit sekkeb@gmail.com
8. En. Mohd Radzi Ibrahim radziskplang@gmail.com
9. En. Mohd Kamarulhisham Mohd Nowawi zikriabah@yahoo.com.my
10. En. Mohd Safarin Mohd Zain afr_wjp@yahoo.com
11. Tn. Hj. Nasaruddin Yusof hjnasa@gmail.com
12. Pn. Nur Aishah Ismail aishah.ismail82@yahoo.com.my
13. Pn. Nurhayati Mohamad yatie@yahoo.com
14. Pn. Razlinda Bikam razlindabikam@ymail.com
15. Pn. Siti Rafidah Abd. Raof mrs_fydah81@yahoo.com
16. Pn. Suhaida Omar aishah_maisarah07@yahoo.com
17. Pn. Suria Senik suriasenik@gmail.com
18. Pn. Umai Khalsum Othman eauryca_outworld@yahoo.com
19. Pn. Zurina Zahidin zurinazahidin@gmail.com
20. En. Mohd Rosmadi yokmadie@gmail.com
21. Pn. Rosdiana Hussin

Monday, June 22, 2009

Pelancaran minggu matematik 2009













Dirasmikan oleh tuan guru besar En Phuah Guan Heng pada hari ini, 22 jun 2009. aktiviti perasmian seperti lakonan senario jual beli, dijayakan oleh kelas 5B . permainan matematik -meneka hari jadi dengan kaedah matematik turut dipersembahkan.Panitia metamatik yang diterajui oleh En. Mohd Radzi Ibrahim telah menjayakan perasmian ini.

Friday, June 19, 2009

aplikasi internet tanpa wayar bermaharajalela di ruang udara skplang

Penggal kedua sudah bermula . ruang udara sk plang kini telah berubah wajah, kini guru2 boleh mengakses internet dengan lebih mudah. selamat melayari internet. power at your fingertips.....................................................

Tuesday, May 19, 2009

Minggu Bahasa Inggeris (11 mei -15 mei 2009)
















Minggu Bahasa Inggeris telah dilaksanakan pada 11-15 mei 2009. Diterajui oleh Panatia Bahasa Inggeris ( Pn. Umai Kalsom-selaku ketua panatia) dengan kerjasama semua guru . Antara aktiviti yang telah dilaksanakan seperti spelling bee (Kategori : level 1,level 2 and teacher), treasure hunt, say it right, quiz, tongue twister, action song.

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru 2009 - Sambutan sungguh meriah






Sambutan hari guru peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriahnya. Di mulai dengan perutusan Menteri Pendidikan dan diakhiri oleh pengumuman keputusan PTK Mac 2009. Pelbagai acara telah dilaksanakan bersama dengan PIBGseperti permainan golf ringkas ( sila lihat foto ), permainan Carrom, Catur, Congkak dan Batu seremban, persembahan guru : Boria, Karaoke dan akhir sekali cabutan bertuah. Terdapat juga tayangan filem dan pemberian hadiah oleh murid kepada guru mereka.

Wednesday, May 13, 2009

Kem Bestari solat
















Kem ini telah dijayakan oleh Panatia Agama Islam yang di ketuai oleh Ustaz Kamarul Hisham . Dibantu oleh Ustazah Suhaida, Ustazah Norhayati serta murid tahun lima yang terpilih. Kem telah berlangsung pada 2 mei 2009 yang melibatkan murid tahun 1 dan 3 .

Tuesday, May 12, 2009

Warga SK Plang















Dari kiri duduk : En. Rosmadi, Ustaz Kamarulhisham dan En. Mayar
Dari Kiri berdiri : Pn. Rosdiana, Ustazah Faizah,Pn. Zurina, Pn Aishah, Pn. Hafizah, Pn. Siti Rafidah, En Phuah Guang Heng (Guru Besar), Ustazah Suhaida, Ustazah Norhayati, Pn Umai Khalsom, Pn. Razlinda
Dari kiri berdiri (belakang) : En. Mat Rodi, Tn Hj Nasaruddin, En Baharin dan En. Mohd Radzi

Uniknya...SK Plang (Sekolah Kabin )

Mulanya.... penulis imaging pastinya kontenna yang datang ...belajar dalam kontenna ler..budak kampung ni...ini mengingatkan kembali kisah silam penulis......office dalam kontena....macam site engineer duduk dalam kontena malah ada managing director pun duduk dalam kontena ...kira hebat ler.....bebudak nie...kecik2 lagi ....dah merasa duduk dalam kontena...rupa-rupanya silap sama sekali yang datang sekolah kabin yang cukup cantik (lihat foto di bawah ). foto menunjukkan kronologi pemasangan sekolah kabin.
Merupakan Sekolah kabin yang pertama di Hulu Perak dan yang ke-2 di negeri perak. ngapa dapat kabin coz kelas tak cukup ,ini emergency plan dari Kementerian. Sementara nak tunggu bangunan baru.......bersambung