Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.

Thursday, November 12, 2009

Hari Bersama Polis


Pengisian selepas PKSR 2, Pihak sekolah khusus lembaga Displin sekolah telah mengambil inisiatif bagi mengadakan hari bersama polis. Diatas kerjasama pihak polis dari Balai Polis Kg Lalang ceramah mengenai kesedaran displin serta memerangi jenayah telah berjaya dilaksanakan. Ceramah telah disampaikan oleh Sarjan Mejar Abdul Razak dan ditemani oleh Lans koperal Ahmad. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih  kepada pihak Polis DiRaja  Malaysia, Khususnya Balai Polis Kg Lalang.

Wednesday, November 11, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform ( Sambungan)



Aktiviti bina semangat juga diadakan Di Kem Rimba ,Kg Plang .Walaupun kem belum lagi siap sepenuh, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik kem En. Hasan kerana membenarkan aktiviti di jalankan di kem beliau.Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah atau mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kem sila hubungi encik Hasan di talian 05-7915662

Hari Perkhemahan Unit Beruniform ( 30-31 Oktober 2009 )


Pelbagai jenis aktiviti telah dijalankan sewaktu hari perkhemahan Unit Beruniform Di sekolah  kebangsaan plang pada tahun 2009.seperti kembara desa ,memasak bersama , berkawat dan lain2 lagi...

Aktiviti Selepas UPSR 2009


Aktiviti gotong royong mengecat semula makmal komputer. Seramai 9 pelajar tahun 6 Bestari telah menjayakan projek dibawah seliaan Guru penyelaras ICT. Tujuan utama adalah untuk menceriakan makmal sekolah dan seterusnya memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar. Disamping itu ia juga akan menjadi tanda ingatan /nostalgia bagi pelajar tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah ini.