Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.

Tuesday, May 19, 2009

Minggu Bahasa Inggeris (11 mei -15 mei 2009)
















Minggu Bahasa Inggeris telah dilaksanakan pada 11-15 mei 2009. Diterajui oleh Panatia Bahasa Inggeris ( Pn. Umai Kalsom-selaku ketua panatia) dengan kerjasama semua guru . Antara aktiviti yang telah dilaksanakan seperti spelling bee (Kategori : level 1,level 2 and teacher), treasure hunt, say it right, quiz, tongue twister, action song.

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru 2009 - Sambutan sungguh meriah






Sambutan hari guru peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriahnya. Di mulai dengan perutusan Menteri Pendidikan dan diakhiri oleh pengumuman keputusan PTK Mac 2009. Pelbagai acara telah dilaksanakan bersama dengan PIBGseperti permainan golf ringkas ( sila lihat foto ), permainan Carrom, Catur, Congkak dan Batu seremban, persembahan guru : Boria, Karaoke dan akhir sekali cabutan bertuah. Terdapat juga tayangan filem dan pemberian hadiah oleh murid kepada guru mereka.

Wednesday, May 13, 2009

Kem Bestari solat
















Kem ini telah dijayakan oleh Panatia Agama Islam yang di ketuai oleh Ustaz Kamarul Hisham . Dibantu oleh Ustazah Suhaida, Ustazah Norhayati serta murid tahun lima yang terpilih. Kem telah berlangsung pada 2 mei 2009 yang melibatkan murid tahun 1 dan 3 .

Tuesday, May 12, 2009

Warga SK Plang















Dari kiri duduk : En. Rosmadi, Ustaz Kamarulhisham dan En. Mayar
Dari Kiri berdiri : Pn. Rosdiana, Ustazah Faizah,Pn. Zurina, Pn Aishah, Pn. Hafizah, Pn. Siti Rafidah, En Phuah Guang Heng (Guru Besar), Ustazah Suhaida, Ustazah Norhayati, Pn Umai Khalsom, Pn. Razlinda
Dari kiri berdiri (belakang) : En. Mat Rodi, Tn Hj Nasaruddin, En Baharin dan En. Mohd Radzi

Uniknya...SK Plang (Sekolah Kabin )

Mulanya.... penulis imaging pastinya kontenna yang datang ...belajar dalam kontenna ler..budak kampung ni...ini mengingatkan kembali kisah silam penulis......office dalam kontena....macam site engineer duduk dalam kontena malah ada managing director pun duduk dalam kontena ...kira hebat ler.....bebudak nie...kecik2 lagi ....dah merasa duduk dalam kontena...rupa-rupanya silap sama sekali yang datang sekolah kabin yang cukup cantik (lihat foto di bawah ). foto menunjukkan kronologi pemasangan sekolah kabin.
Merupakan Sekolah kabin yang pertama di Hulu Perak dan yang ke-2 di negeri perak. ngapa dapat kabin coz kelas tak cukup ,ini emergency plan dari Kementerian. Sementara nak tunggu bangunan baru.......bersambung












Wednesday, May 6, 2009

Panorama
























SK Plang



SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PLANG

Sebelum tertubuhnya Sekolah Melayu Plang, Kanak-kanak Kampung Plang, Keledang dan Chorong terpaksa berjalan kaki ke Sekolah Melayu Kampung Alai. Jarak yang jauh dan terpaksa merentas rimba menyebabkan ramai kanak-kanak di tiga buah kampung tersebut tidak bersekolah.Mereka bimbang dan takut serangan binatang buas seperti harimau dan sebagainya. Ramai pula di antara mereka terpaksa berhenti sekolah sebelum tamat persekolahan kerana tidak sanggup menghadapi pelbagai bahaya.

Pada awal tahun 1920 an, Tuan Berkeley, Pegawai Daerah Gerik telah melawat ke Kampung Plang. Beliau telah berbincang dengan Ketua Kampung Plang ketika itu, iaitu En. Wan Wahab b. Wan Abdullah. Mereka berbincang tentang masalah persekolahan kanak-kanak di Kampung Plang. Beliau sangat terharu apabila dimaklumkan bahawa ramai kanak-kanak kampung itu tidak bersekolah. Beliau juga faham tentang masalah dan kerumitan kanak-kanak untuk ke sekolah. Lantaran rasa perihatin itu, beliau mengarahkan pihak Jabatan Pelajaran Perak menghantar seorang guru ke Kampung Plang.

Hasil dari lawatan dan perbincangan tidak rasmi inilah yang membawa kepada tertubuhnya sebuah sekolah di Kampung Plang pada tahun 1920. Sekolah ini dinamakan Sebagai Sekolah Melayu Kampung Plang. Guru Besarnya yang pertama ditugaskan di sekolah ini ialah Tuan Hj. Shariff. Bangunan pertama sekolah ini, dibina secara gotong-royong oleh penduduk Kampung Plang. Tapak bangunan sekolah ini terletak diBatu 12 1 / 2 jalan ke Kroh sekarang. Pada awal penubuhannya, bilangan muridnya hanya seramai lebih kurang 10 orang sahaja.

Memandangkan kepada lokasi tapak yang kurang strategik dan beberapa masalah lain seperti masalah air, kawasan yang sempit serta agak jauh dari kawasan penempatan penduduk, akhirnya tapak lokasi sekolahan itu telah dipindahkan pula ke Batu 12 Jalan Gerik ke Kroh pada tahun 1928.Walau bagaimanapun, tapak baru ini, masih lagi sempit. Cuma ia tidak menghadapi masalah air dan berdekatan dengan penempatan penduduk. Bangunan sekolah di tapak baru ini, dibina dengan lebih kukuh, iaitu berlantaikan simen dan beratapkan zink. Bangunan ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Plang.


Pada tahun 1930an dan 1940an, sekolah ini mempunyai murid seramai 60 orang dari Kampung Plang dan Kampung Lalang. Pada awal tahun 1950an, bilangan murid sekolah ini semakin merosot hingga kepada 30 orang murid sahaja. Hal ini berlaku kerana penduduk Kampung Lalang telah membina sekolah mereka sendiri. Selain dari itu, kerjasama yang kurang diberikan oleh kebanyakkan ibu bapa murid juga menyebabkan ramai murid hanya bersekolah separuh jalan. Kekurangan murid ini menyebabkan Jawatankuasa Sekolah telah menerima arahan untuk menutup sahaja sekolah ini pada tahun 1958.Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Sekolah Plang tetap mempertahankan agar sekolah ini tidak ditutup.

Akhirnya pada tahun 1960an bilangan murid sekolah ini telah bertambah semula. Pertambahan ini adalah ekoran aktiviti penerokaan tanah oleh seramai lima puluh keluarga dari Kedah. Penempatan baru itu dikenali sebagai Kampung Air Musang dan Kampung Rancangan Plang.Selain dari itu, ramai juga penduduk dari luar yang berhijrah ke Kampung Plang untuk bekerja sebagai penoreh getah.

Pertambahan penduduk ini menyebabkan berlakunya pertambahan bilangan murid di Sekolah Melayu Kampung Plang. Lanjutan dari itu, pada tahun 1963 satu cadangan untuk membina sebuah sekolah baru telah dipersetujui. Bermulalah kerja-kerja meratakan tapak pada awal bulan November 1963 di tanah Lot 1189 seluas 3 ekar 34 kaki persegi. Sekolah baru ini dibina pada bulan Februari 1964. Bangunan baru ini mempunyai 3 bilik darjah dan sebuah pejabat untuk guru besar.Sebuah rumah guru juga telah dibina untuk keperluan guru-guru yang datang luar dari luar Daerah Gerik. Sekolah baru ini juga mempunyai kemudahan bilik air, tandas dan sebuah padang permainan. Bangunan yang siap ini mula digunakan secara rasminya pada 1 Mac 1964. Pada tahun 1969 pula, kelas untuk murid tahun 6 telah diadakan. Ini memberikan kemudahan kepada murid-murid tahun 5 yang dahulunya terpaksa menyambung persekolahan Darjah 6 mereka di sekolah Kampung Lalang atau di Gerik.

Bilangan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Plang terus meningkat dari tahun ke tahun. Akhirnya pada tahun 1982, sebuah bangunan tambahan telah dibina. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar. Mulai tahun 1982, bilangan murid-muridnya telah meningkat sehingga melebihi 200 orang dan bilangan gurunya pula menjadi 9 orang. Pada tahun 1985 sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan kantin dan 4 unit tandas kekal.

Pada tahun 2001 pula, sebuah makmal komputer telah dibina. Makmal ini di lengkapi dengan 11 unit komputer dan satu set daripadanya lengkapi dengan Internet.




Pada tahun 2006, sekolah ini telah mendapat satu peruntukan untuk membina laluan berbumbung dari bangunan kelas sehingga bangunan tandas sekolah. Di samping itu juga, tingkap-tingkap kayu kelas bangunan asal sekolah telah digantikan dengan tingkap jenis “ naco ” dan dinding kayu dewan sekolah ditukar dengan roller-shutter yang baru untuk memudahkan kerja-kerja pembukaan dan penutupan dewan apabila perlu menggunakan dewan sekolah yang diubahsuai daripada bilik-bilik kelas sekolah. Sebuah pondok basikal telah dibina untuk membolehkan murid-murid yang berbasikal ke sekolah mempunyai satu tempat untuk meletakkan basikal mereka dariapda dibiarkan di merata tempat.

Dalam tahun yang sama juga, seluruh kawasan sekolah telah digantikan dengan pagar baru bersimen melalui peruntukan daripada Bahagian
Pembangunan Luar Bandar Pejabat Daerah Hulu Perak. Blok bangunan asal sekolah dan pejabat dicat semula. Sebuah stor pekerja telah dibina untuk menyimpan peralatan sekolah.

Pada tahun 2007, pondok pengawal keselamatan yang usang telah digantikan dengan pondok baru dan beberapa kemudahan tambahan telah dibina. Sebuah bilik kelas telah diubahsuai untuk dijadikan Bilik Pemulihan dan Bilik Pusat Akses. Dalam bidang TMK pula, sekolah ini telah mendapat tajaan untuk menggunakan program Score-A. Dalam tahun yang sama, sebuah bangunan prasekolah telah dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2008.

Dalam tahun 2008, bangunan prasekolah ditambah dengan ruang makan dan dipagar semula dengan pagar bersimen. Lencana sekolah telah dilukis di atas dinding bangunan asal sekolah oleh pelajar-pelajar Universiti Walailak Thailand yang hadir untuk progam anak angkat antara universiti tersebut dengan UiTM Perak pada awal bulan Mei 2008 dan diikuti dengan penulisan nama sekolah oleh Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak, Larut Matang dan Selama serta Kampar. Sekolah ini juga telah mendapat tajaan program Ulangkaji e-Learning di bawah tajaan Ahli Parlimen Gerik. Pada penghujung tahun pula, pihak sekolah juga telah menerima satu peruntukan untuk kerja-kerja menyediakan dua pemegang gril tangga untuk laluan bertangga ke bangunan prasekolah dan dari blok B ke blok C serta dua unit pemisah kelas.
Hasil lawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini telah dibekalkan dengan satu (1) unit kabin yang mengandungi dua kelas untuk mengatasi masalah kekurangan kelas pada awal bulan Disember dan kabin tersebut siap untuk digunakan untuk sesi persekolahan tahun 2009.